fbpx

400 roti canai licin dalam 5 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORASIAH dan anaknya, Nurul Nadia Ismail tidak menang tangan menyediakan roti canai di kedainya di Derang, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Rata-rata peniaga restoran dan gerai makanan meluahkan rasa lega dan bersyukur apabila premis masing-masing mula menerima pelanggan selepas dibenarkan oleh kerajaan bermula kelmarin.

Tinjauan Kosmo! mendapati peniaga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan dua pelanggan dibenarkan makan di satu meja.

Pemilik Kedai Roti Canai Janda di Derang, Norasiah Abdul Rahman, 47, berkata, suasana kedainya bagaikan ‘hidup’ semula apabila pelanggan dibenarkan makan di premis.

“Sebelum ini, kedai yang dibuka pada pukul 6 pagi, sunyi kerana pelanggan hanya dibenarkan untuk membungkus makanan,” katanya ketika ditemui di kedai­nya semalam.

Menurut Norasiah, sebanyak 400 keping roti canai jualannya juga habis lebih awal pada pukul 11 pagi semalam berban­ding pada pukul 1 tengah hari sebelum ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah Cawangan Kota Setar, Mohd. Kholib Hamid pula berkata, pemilik kedai makan dan restoran kini boleh menarik nafas lega apabila dibenarkan berniaga seperti biasa kelmarin.

“Saya percaya para peniaga akan mematuhi SOP yang ditetapkan dengan waktu operasi perniagaan bermula dari pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Syazwana Mohd. Resaidi, 22, memberitahu, dengan kebenaran makan di premis itu, dia tidak perlu lagi tergesa-gesa memasak sebelum keluar atau pulang dari bekerja.

“Tambahan lagi saya boleh memilih sendiri menu kegemaran untuk sarapan, makan te­ngah hari atau malam di restoran,” katanya.

Bagi Mohd. Shahidan Abdullah, 24, yang bekerja sebagai buruh binaan pula, dia gembira kerana dapat menjamu selera dengan lebih selesa berbanding memakan makanan dibungkus sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI