fbpx

Bukan salah Alcantara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCANTARA dituduh menjadi punca kemerosotan Liverpool ketika ini kerana cara permainannya agak berbeza dengan apa yang digunakan oleh pasukan itu sebelum ini. – AFP

LIVERPOOL – Pemain tengah baharu Liverpool, Thiago Alcantara terpaksa melalui tempoh yang sukar dalam kariernya apabila dikatakan menjadi punca kepada aksi hambar dipamerkan pasukan itu musim ini.

Dua bekas pemain Liverpool, John Barnes dan Dietmar Hamann antara dua individu berpengaruh yang mengkritik dengan keras aksi Alcantara sambil menyifatkan pemain itu sebagai tidak sesuai dengan corak permainan Liverpool.

Hamann mendakwa Alcantara terlalu perlahan dan tidak mampu untuk beraksi dengan cara permainan Liverpool sementara Barnes pula berpendapat, pemain itu masih belum dapat menyesuaikan diri dengan corak aksi tiga pemain serangan, Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamad Salah.

Bagaimanapun, seorang lagi bekas pemain Liverpool, Michael Thomas percaya bahawa kritikan tersebut hanyalah untuk menjadikan Alcantara sebagai ‘kam­bing hitam’ ekoran prestasi merudum dipamerkan oleh Li­verpool musim ini.

“Dia hanya dijadikan ‘kam­bing hitam’ kerana persembahan yang dipamernya tidaklah terlalu teruk berbanding pemain lain.

“Alcantara adalah seorang pemain yang berkualiti dan adakalanya dia lebih pantas berfikir berbanding pemain lain. Pasukan sedang berdepan krisis prestasi secara keseluruhan dan dia bukanlah satu-satunya pemain yang perlu dipersalahkan,” katanya.

Bekas pemain berusia 53 tahun itu mengakui bahawa realiti­nya adalah persembahan Liverpool ketika ini berdepan masalah tetapi Alcantara telah mempamerkan aksi yang baik sejak beberapa perlawanan lalu.

“Saya fikir kita sebagai peminat dan pemerhati terlalu cepat untuk membuat keputusan dan melupakan apa yang telah disumbangkan oleh pemain sebelum ini.

“Beberapa kemenangan selepas ini akan mengubah mood dan kedudukan tetapi melihat cara Manchester City beraksi, ia sukar untuk pasukan lain me­mintas mereka ketika ini,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI