fbpx

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan 3 ADUN 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara hari ini membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk menggantung persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam tempoh darurat.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly berkata, bantahan itu dibuat atas alasan pemohon tidak mempunyai kes yang boleh dihujahkan bagi membolehkan mahkamah memberi kebenaran dalam permohonan semakan kehakiman.

“Permohonon pemohon juga adalah terhalang oleh Perkara 150(6) dan 150(8) Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika dihubungi selepas pendengaran permohonan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Kamal Md. Shahid di sini hari ini.

Terdahulu tiga ADUN tersebut iaitu ADUN Simpang Jeram yang juga Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub, ADUN Gurun yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan ADUN Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari selaku pemohon memfailkan permohonan itu pada 26 Januari lalu, dengan menamakan perdana menteri itu dan kerajaan masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Ketiga-tiga pemohon diwakili peguam Datuk Gurdial Singh Nijar, Christopher Leong dan Abdullah Rahman.

Tarikh 11 Mac ini ditetapkan keputusan permohonan itu.

Dalam permohonan tersebut, ketiga-tiga ADUN memohon suatu deklarasi bahawa Seksyen 14 dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 14 Jan lalu, tidak berpelembagaan kerana ia tidak selaras dan melanggar antara lain Perkara-perkara 44, 150 (3) dan 150 (5) dalam Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, ia terbatal dan tidak sah.

Mereka memohon deklarasi bahawa Seksyen 15 dalam ordinan adalah tidak berpelembagaan kerana ia tidak selaras dan melanggar antara lain Perkara 17, Perkara 150(2C) dan Jadual Kelapan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga memohon deklarasi bahawa Seksyen 11 (a) dan 11 (b) dalam ordinan adalah tidak berpelembagaan kerana ia melindungi eksekutif daripada peruntukan-peruntukan antara lain Perkara 43 dalam Perlembagaan Persekutuan dan bertentangan Perkara 71 dan Jadual Kelapan dalam Perlembagaan Persekutuan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI