fbpx

Tak sedap badan, Syafiq Farhain positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syafiq Farhain

PETALING JAYA – Penyanyi Syafiq Farhain mengesahkan dirinya positif jangkitan Covid-19, sekali gus memasuki senarai terkini pesakit virus tersebut dalam kalangan selebriti.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain AM Salim, dia mengambil keputusan melakukan ujian calitan selepas berasa tidak sedap badan.

“Semalam pergi ujian calitan sebab rasa tak sedap badan dan keputusannya positif.

“Kalau ada sesiapa mempunyai kontak rapat dengan saya lebih baik pergi buat ujian. Maafkan saya kerana menyusahkan,” tulisnya menerusi InstaStory.

 

    Tangkap layar Syafiq sedang melakukan ujian calitan semalam.
Keputusan laporan Syafiq Farhain yang menunjukkan dirinya positif virus tersebut.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang Maafkan Aku itu bagaimanapun tidak menyatakan punca dia dijangkiti virus berkenaan.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Aeril Zafrel, Aprena Manrose, Roy dan Mak Cik Petir turut disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI