fbpx

Pemilik bengkel tak puas hati, polis tegas guna budi bicara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TULAR di media sosial Facebook komuniti setempat sejak tengah malam tadi berhubung ketidakpuasan hati seorang pemilik bengkel kereta susulan tindakan polis melakukan ujian air kencing di bengkel berkenaan secara terbuka 6 Februari lalu.

REMBAU – Polis menegaskan menggunakan budi bicara dan mengikut prosedur semasa melakukan pemeriksaan dan ujian saringan awal air kencing membabitkan pekerja di sebuah bengkel kereta di Kendong, di sini,pukul 10.45 pagi, 6 Februari lalu.

Sejak tengah malam tadi, tular di media sosial komuniti setempat seorang pemilik bengkel kenderaan meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan polis yang menjalankan pemeriksaan air kencing ke atas pekerjanya.

Malah status berkenaan turut mempersoalkan kewajaran saringan air kencing dibuat di atas meja pelanggan yang jarak dari jalan raya dan pandangan orang awam yang sangat jelas sehingga mengundang persepsi buruk masyarakat.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Superintenden, Anuar Bakri Abdul Salam, pemeriksaan dan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan itu adalaha mengikut prosedur dan undang-undang yang berkuatkuasa.

“Polis juga menggunakan budi bicara dengan tidak membawa kesemua individu yang mahu dibuat ujian saringan awal air kencing demi mengelakkan operasi bengkel tersebut tergendala dalam tempoh waktu yang lama.

“Pada pemeriksaan terbaru ini, ujian saringan air kencing telah dijalankan ke atas tujuh individu yang berada di dalam kawasan berkenaan dan didapati seorang lelaki warga tempatan positif dadah jenis THC,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Anuar berkata, enam lagi individu bagaimanapun didapati negatif dadah.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek yang positif dadah yang juga berada di kawasan bengkel tersebut menjumpai sepeket kecil plastic lutsinar di dalamnya mengandungi ketulan-ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja.

“Semakan ke atas suspek juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan memasukkan dadah ke dalam tubuh badan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI