fbpx

Pelanggan diingatkan tidak cantum meja di kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi (kanan) turut serta dalam Operasi Pemantauan Pematuhan SOP PKP bersama-sama agensi keselamatan yang lain di sekitar Alor Setar hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Pengunjung premis makanan diingatkan supaya tidak mencantumkan meja makan sesuka hati sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah, Mohd. Zawawi Zakaria berkata, pemilik premis pada masa sama perlu bertindak tegas bagi menghalang perbuatan tersebut.

Katanya, perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP tersebut membolehkan kedua-dua pihak itu dikenakan kompaun.

“Kalau katakan mereka itu satu keluarga sekali pun, pada masa ini kita cuma benarkan dua orang dalam satu kenderaan, jadi tidak ada isu kononnya mereka datang makan di kedai bersama keluarga.

“Adalah jelas kalau lebih dua orang semeja, itu sudah melanggar SOP,” katanya pada sidang akhbar selepas melaksanakan operasi pemantauan pematuhan SOP PKP di premis-premis berhampiran Pekan Rabu di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, pemantauan dijalankan mendapati kebanyakkan premis mengabaikan SOP untuk meletakkan petugas bagi membuat saringan kemasukan pelanggan sebelum dibenarkan masuk.

“Perlu ada petugas untuk pantau suhu serta pastikan pelanggan mendaftar menggunakan aplikasi My Sejahtera tetapi pemantauan mendapati banyak premis mengabaikan perkara itu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI