fbpx

Gambar disalah guna, Eyra Hazali buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYRA HAZALI dakwa gambarnya disalah guna untuk lariskan perniagaan yang tiada kaitan dengan dirinya.

PETALING JAYA – Bengang gambar bersama keluarga disalah guna untuk keuntungan peribadi pihak tidak bertanggungjawab, pelakon Eyra Hazali nekad mengambil tindakan tegas.

Menurut Eyra, satu laporan polis telah dibuat berhubung sebuah akuan media sosial kerana menggunakan gambar bagi melariskan perniagaan yang tiada kaitan dengan dirinya.

Menerusi hantara dalam Instagramnya,  pelakon yang popular menerusi drama bersiri Mr. Grey itu menjelaskan, dia sudah menghubungi individu tidak bertanggjungjawab itu agar segera menarik balik gambarnya  namun permintaan tersebut langsung tidak dihiraukan.

“Assalamualaikum semua. Saya terima satu direct message (DM) Khamis lepas yang menyatakan ada satu akaun Facebook telah menggunakan gambar keluarga saya dengan kapsyen palsu.

“Allahuakbar, saya sudah pun hubungi orang itu untuk turunkan entri tapi mereka tak nak percaya bahawa saya pemilik gambar tersebut,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menurusi pendedahan itu juga, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 22, turut memuat naik tangkap layar perbualannya WhatsApp dengan individu terbabit.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat kelmarin selepas pihak terbabit enggan memberikan kerjasama.

“Walaupun saya ugut untuk buat laporan polis pun dia tidak takut, mungkin seronok tengah pegang duit orang,” ujarnya.

Eyra yang merupakan isteri kepada penjaga gol JDT, Muhammad Naziq Nadzli turut memohon kerjasama orang ramai agar berwaspada dan tidak menjadi mangsa penipuan sesetengah individu tidak bertanggungjawab dalam sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI