fbpx

Saringan Penyewa CTOS kenal pasti identiti, maklumat kewangan bakal penyewa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Penyewa yang dibangunkan oleh CTOS Data Systems Sdn. Bhd. (CTOS) dapat membantu tuan rumah dan ejen hartanah membuat semakan yang lebih pantas dan tepat untuk memilih bakal penyewa dipercayai.

Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Digital Sdn. Bhd., Dennis Martin berkata, melalui perkhidmatan tersebut, tuan rumah dan ejen akan mendapat maklumat kredit dan identiti penyewa seterusnya memaparkan kemampuan serta kesanggupan penyewa membayar bil-bil utiliti tepat pada masanya.

Menurut beliau, saringan penyewa adalah suatu amalan yang lumrah di serata dunia dan ia sudah mula mendapat sambutan di Malaysia

“Sebagai agensi pelaporan kredit terbesar di Malaysia yang mendapat akses kepada himpunan data yang di kemas kini, kami menawarkan akses langsung kepada semua pihak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Martin menjelaskan, dengan menggunakan laporan Saringan Penyewa CTOS, tuan rumah akan menerima semakan latar belakang seperti kedudukan kewangan, kes guaman dan kebankrapan (jika ada), saringan pelanggan berkaitan senarai amatan individu terdedah kepada politik, penguatkuasaan dan juga media negatif.

“Melalui laporan berkenaan, ia akan dapat mengurangkan risiko ingkar bayaran dan kerosakan rumah serta memudahkan urusan untuk mengusir penyewa.

“Dalam suasana ekonomi masa kini, usaha mencari penyewa rumah adalah sangat mencabar dan masih sukar ungtuk mencari penyewa yang boleh dipercayai serta berdisiplin.

“Tetapi jika mendapat penyewa yang kurang baik mungkin ia akan merugikan tuan rumah dalam jangka masa panjang,” jelasnya.

Tambah beliau, penyewa yang baik berperanan penting dalam menentukan nilai harta pelaburan itu kekal.

“Pastinya, penyewa tersebut akan memastikan rumah itu dijaga dengan baik, bil-bil utiliti dijelaskan penuh dan tepat pada masanya, alat kelengkapan dan perabot turut digunakan dengan cermat serta diselenggara ­dengan sempurna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI