fbpx

Putaran Bumi lebih pantas pada 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MOHD TURMADZI MADUN, PENGARANG BERITA KOSMO.

Esok hari terakhir dalam bulan Jamadilakhir sebelum kita melangkah masuk ke 1 Rejab 1442H. Terasa bagaikan cepat masa berlalu dan jika dipanjangkan umur ada rezeki kita untuk bertemu dengan Ramadan.

Fenomena masa pantas ini dirasakan oleh semua orang termasuk para saintis yang mendapati Bumi telah berputar dengan lebih pantas pada 2021.

Menurut saintis dari National Physics Laboratory, Peter Whibberley, para saintis menyedari Bumi menyiapkan satu putaran dalam tempoh 1.4602 mili saat kurang daripada tempoh kebiasaannya iaitu pada 86,400 saat.

Oleh itu, dianggarkan tiap hari pada tahun 2021 ini dijangka lebih pantas sebanyak 0.05 milisaat daripada 86,400 saat yang biasanya membentuk jangka waktu 24 jam dalam sehari.

Ini bermakna, dalam tempoh setahun, Bumi telah berputar pada paksinya lebih cepat daripada lima dekad terakhir.

Mengikut kajian sains, kelajuan putaran Bumi sentiasa berubah-ubah kerana pergerakan kompleks melibatkan lautan dan kesan benda yang terdapat pada langit termasuk Bulan.

Kesan pemanasan global dan kepulan salji yang terkumpul di gunung juga sering mempengaruhi kelajuan putaran Bumi.

Pada tahun lepas, hari ke-19 pada bulan Julai dirasakan pendek di mana tempoh sehari yang direkodkan kurang daripada 24 jam untuk dilengkapkan.

Ini bermakna tempoh setahun pada 2021 diramalkan akan menjadi lebih pendek.

Untuk yang mengejar bonus ini sesuatu yang menggembirakan kerana tempoh menunggu bagi mendapat durian runtuh terasa amat singkat untuk diperoleh.

Namun, jika kita memikirkan dengan lebih mendalam mengenai fenomena ini, ia menjadi ancaman kepada kita selaku manusia yang memegang amanah sebagai khalifah di dunia ini.

Dengan pelbagai masalah melanda dunia termasuk Covid-19 yang dianggarkan akan lenyap dalam tempoh tujuh tahun lagi, kita seharusnya tidak boleh membuang masa dan segera mempersiapkan diri untuk hari mendatang.

Sudah tentu kehidupan pada masa kini menjadi ukuran nyata bagi menunjukkan diri kita yang sebenarnya.

Covid-19 menukarkan watak diri kita 360 darjah. Ia telah menghapuskan sunah alam secara perlahan-lahan, sama ada kita sedar ataupun tidak.

Ada yang dahulunya juruterbang kini menjadi peniaga tepi jalan. Ada yang pernah bekerja dalam bidang minyak dan gas kini menjadi penghantar makanan dan bekas pramugari pula memilih untuk membuka kedai makan.

Mereka yang bekerja dalam bidang penerbangan, minyak dan gas serta media bukan lagi keutamaan kepada bank. Risiko dalam bidang kerja ini membuatkan mereka lebih berhati-hati supaya pinjaman yang ditawarkan mampu dilunaskan.

Siapa yang tidak terkesan dengan situasi masa kini semakin rakus mengumpul harta kekayaan sedangkan bagi mereka yang masih dengan angan-angan, ketahuilah bahawa waktu tidak pernah menunggu kita walaupun sesaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI