fbpx

Dendam Rossi masih membara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI mengakui masih terbayang insiden yang berlaku di Sepang sehingga menyebabkan dia gagal meraih kejuaraan dunia pada 2015. – AFP

ROM – Pelumba Itali, Valentino Rossi masih belum mampu untuk memaafkan Marc Marquez berikutan insiden terjadi pada 2015 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hingga menyebabkannya terlepas gelaran dunia MotoGP ke-10.

Rossi mengakui dia masih menyimpan perasaan kecewa ekoran tindakan Marquez yang menjadi penyebab utama insiden di Sepang itu.

“Saya simpati kerana Marquez tidak dapat kembali bersaing dalam tempoh terdekat ini. Jika dia pulih sekali pun, kita tidak pasti sama ada dia akan tampil dengan aksi sebelum ini atau tidak.

“Namun, apa yang dia lakukan kepada saya ketika itu, membuatkan saya tidak dapat memaafkannya. Ketika saya kembali memikirkan semula insiden tersebut, perasaan saya tetap sama.

“Kini enam tahun telah berlalu dan saya tidak pasti apakah suatu hari nanti perasaan ini mampu berubah,” kata Rossi.

Pada Grand Prix (GP) Malaysia 2015, Rossi mempunyai peluang terbaik untuk menambah koleksi gelaran dunia MotoGP, namun Marquez dilihat sengaja melakukan provokasi ke atas pelumba Itali itu.

Insiden membabitkan Rossi dan Marquez berlaku ketika ­pusingan ketujuh perlumbaan, yang menyaksikan penunggang Sepanyol itu terjatuh dan terkeluar daripada perlumbaan.

Rossi dikenakan hukuman apabila didakwa menghalang Marquez dengan memperlahankan jentera serta menghimpitnya menyebabkan dia terjatuh.

Bintang dari Tavullia, Itali ketika itu sedang mendahului kejuaraan MotoGP didapati bersalah dan dihukum memulakan perlumbaan pada petak terakhir pada saingan terakhir di Valencia, Sepanyol menyebabkan dia gagal meraih mata yang diperlukan.

Keputusan di Valencia menyebabkan Rossi terpaksa akur apabila rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo dinobatkan sebagai juara dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI