fbpx

KPLB peruntuk RM300,000 beli tablet tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jailani (kiri) menerima sumbangan tablet daripada Mohd. Nizar untuk diagihkan kepada golongan pelajar B40 yang dikenal pasti dalam satu majlis di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dijangka memperuntukkan sebanyak RM300,000 tahun ini untuk pembelian tablet bagi disumbangkan kepada pelajar yang layak.

KPLB berkata, kerajaan sedar kepentingan alat peranti dan talian internet kini menjadi satu keperluan bukan sahaja untuk setiap rumah tetapi pelajar tidak kira di peringkat tadika mahupun universiti.

“Penggunaan peranti ini adalah satu kemestian serta pengganti kepada kehadiran pelajar di kelas dalam norma baharu pada masa kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPLB berkata, pihaknya juga memperuntukan 300 unit tablet kepada pelajar daripada golongan B40 dan asnaf yang akan diagihkan secara berperingkat kepada golongan pelajar yang dikenal pasti oleh Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah.

“Ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan di rumah mahupun di lokasi yang sesuai bagi meminumkan keciciran pembelajaran dalam kalangan pelajar terutama di kawasan luar bandar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPLB memaklumkan, penyerahan 30 unit tablet itu oleh Pengerusi Eksekutif YPM, Datuk Dr. Mohd. Nizar Sudin kepada Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ahmad Jailani Muhamed Yunus dalam satu majlis di sini hari ini.

“Baki tablet akan diserahkan kepada negeri dan golongan yang dikenal pasti secara berperingkat,” katanya.

Katanya, KPLB dan YPM akan memastikan pelbagai inisiatif terutama dalam bidang pendidikan dapat dilaksanakan untuk masyarakat terutama di kawasan luar bandar bagi membolehkan akses kepada pendidikan dapat diutamakan bagi melahirkan generasi berpengetahuan yang akan menyumbang kepada negara.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI