fbpx

PDRM beri peringatan patuh SOP sepanjang Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati sengaja mengingkari prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis tetap menjalankan operasi pematuhan SOP bagi memastikan orang ramai tidak mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Bagi masyarakat Tionghua yang akan menyambut Tahun Baru Cina, pematuhan SOP dan amalan norma baharu adalah penting bagi menghentikan rantaian jangkitan Covid-19.

“Justeru itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutamanya masyarakat Tionghua yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, PDRM akan terus menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terjamin.

Beliau turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat berbangsa Tionghua yang menyambut perayaan itu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI