fbpx

6,798 ikuti program GENIUS Remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 6,798 orang remaja di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur terlibat dalam program GENIUS Remaja sepanjang 10 tahun pelaksanaannya.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, daripada jumlah itu, 20 peratus telah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT), 75 peratus telah bekerja atau membuka perniagaan sendiri dan selebihnya masih lagi bersekolah.

“Selain itu, seramai 11 orang alumni telah dilantik sebagai tenaga pengajar program REMAJA Genius yang merupakan strategi bersepadu Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KPM berkata, susulan kejayaan itu, satu lagi program secara maya dianjurkan iaitu Pameran Foto GENIUS Remaja bagi mempamerkan hasil kreatif dan bakat golongan remaja berisiko B40 dalam kalangan remaja PPR.

“Selain itu, Projek Impian Remaja turut dilancarkan yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Bahagian GENIUS, KPM, PERKASA dan UKM ke arah penambahbaikan kaedah bantuan dalam pembangunan golongan remaja berisiko B40.

“Matlamat projek ini adalah untuk mewujudkan platform khas yang membentuk kerjasama antara pihak kerajaan, korporat dan komuniti,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI