fbpx

Afrika Selatan pilih vaksin Johnson&Johnson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan membuka sut pelindung diri (PPE) mereka di luar salah satu wad sementara yang dikhaskan untuk pesakit koronavirus di Hospital Field Hospital di Soweto, Afrika Selatan. - AFP

CAPE TOWN – Afrika Selatan akan memulakan kempen vaksinasi Covid-19 negara itu dengan menggunakan vaksin keluaran Johnson&Johnson, kata kementerian kesihatan hari ini.

Pemilihan vaksin Johnson&Johnson ini dibuat selepas kerajaan Afrika Selatan menangguhkan penggunaan vaksin Oxford/AstraZeneca yang diragui keberkesanannya ke atas varian Covid-19 di negara itu, lapor agensi berita AFP.

“Berdasarkan hasil kajian daripada saintis negara, kita akan meneruskan program vaksinasi Covid-19 dengan menggunakan vaksin Covid-19 Johnson&Johnson dan mengetepikan vaksin AstraZeneca,” kata Menteri Kesihatan, Zweli Mkhize dalam satu sidang media.

“Vaksin Johnson & Johnson telah terbukti berkesan terhadap varian 501Y.V2 yang terdapat di Afrika Selatan,” ujarnya.

Namun begitu, Mkhize tidak memberi sebarang penjelasan lanjut tentang tarikh sebenar program vaksinasi akan bermula.

Setakat ini, Afrika Selatan telah mencatatkan hampir 1.5 juta kes koronavirus dengan jumlah kematian melebihi angka 46,800. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI