fbpx

Langkah awal sektor sukan dan rekreasi kembali bernafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan membenarkan program latihan berpusat dilaksanakan bagi pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Bola Sepak (Liga M), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) berkuat kuasa 15 Februari depan merupakan langkah awal sektor sukan dan rekreasi dapat bernafas semula dalam persekitaran PKP.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia juga membolehkan ekosistem industri sukan yang terlibat termasuklah melibatkan kandungan siaran, penajaan serta pemasaran dapat diaktifkan semula.

Beliau berharap, pertimbangan seterusnya dapat diberikan seperti mana permohonan dan cadangan KBS  bagi membolehkan segmen industri sukan massa seperti pengusaha dan operator fasiliti sukan serta pusat kecergasan turut diberi kebenaran untuk beroperasi.

“Penelitian akhir sedang dibuat dan insya-Allah akan diumumkan sebelum sambutan Tahun Baru Cina minggu ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Reezal Merican berkata, beliau mewakili pasukan KBS dan komuniti sukan merakamkan terima kasih kepada pihak berkaitan
yang telah memberi pertimbangan sewajarnya.

“Ini penting dalam memastikan industri sukan dapat terus bernafas dan kehangatan liga tempatan dapat diteruskan,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI