fbpx

Leicester laung amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEICESTER tidak meletakkan sasaran untuk layak ke pentas Eropah menyebabkan mereka lebih tenang berdepan United malam ini. - AFP

LEICESTER – Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers me­ngakui Manchester United lebih tertekan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power malam ini.

Beliau berkata, United berada dalam keadaan terdesak untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan berbanding The Foxes yang tidak meletakkan sasaran sedemikian.

Aksi malam ini pastinya menjadi perhatian memandangkan Leicester hanya dibezakan satu mata dengan United dan Chelsea yang melayan kunjungan Wolverhampton Wanderers di Stamford Bridge.

“Ada perbezaan antara kemahuan dan keperluan. Kami hanya mahu layak ke Liga Juara-Juara sementara United amat memerlukan tempat dalam saingan tersebut.

“Saya akui Leicester mahu bersaing di peringkat tertinggi tetapi sekiranya gagal, kami tidak kecewa kerana pencapaian musim ini sudah membanggakan,” kata Rodgers.

Bekas pengendali Liverpool itu menegaskan, beliau sudah bia­sa dengan perlawanan pen­ting seperti ini dan tidak bimbang dengan kemampuan pasukannya melayan kunjungan United.

“Saya sudah terlibat dalam beberapa final serta aksi timbal balik. Jadi, situasi ini bukan baharu untuk saya. Kami hanya akan buat yang terbaik menentang salah sebuah pasukan terbaik di dunia,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI