fbpx

Kluster Pasai jangkit enam generasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kluster Pasai yang sebelum ini dikesan pada 9 Januari lalu serta melibatkan beberapa daerah di Sarawak kini telah menjangkiti enam generasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut menular membabitkan 58 rumah panjang dengan 2,373 kes positif dikesan setakat hari ini daripada ujian saringan yang dijalankan terhadap 25,500 individu.

“Ia melibatkan enam generasi kerana mungkin berkumpul di rumah panjang, jadi ia mudah merebak. Pengasingan kurang selain kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang kita bimbang.

“Justeru, kita meningkatkan ujian saringan di pedalaman. Salah satu strategi kita ialah melindungi kumpulan rentan dan ini termasuk di rumah panjang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes dalam kluster tersebut turut membabitkan 46 petugas kesihatan apabila pesakit datang ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

“Mungkin petugas kesihatan fikirkan pesakit dari zon hijau jadi, jangkitan itu telah berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, Kluster Pasai tercetus apabila kes indeks pulang dari Johor ke Sarawak kerana bapanya meninggal dunia serta menjalani kuarantin di rumah panjang dan bukannya di hotel. -K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI