HUJAN lebat akibat monsun musim panas yang melanda kawasan beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Timur menyebabkan banyak tempat ditimpa bencana banjir serta kejadian tanah runtuh.
Peralihan musim monsun adalah perkara biasa yang berlaku setiap tahun, namun peningkatan kadar taburan hujan di beberapa negara membawa kepada kejadian bah lebih teruk di Bangladesh, Pakistan, China dan Jepun.
Data sistem Pengambilan Multi-Satelit Bersepadu (IMERG) mendapati jumlah taburan hujan direkodkan melebihi paras 100 milimeter pada monsun kali ini dan lebih tinggi jika diukur dari permukaan tanah.
Beribu-ribu mangsa dilaporkan terkorban, manakala jutaan lagi penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat penempatan sementara selepas banjir menyebabkan banyak rumah dan premis rosak teruk, menjejaskan tanaman serta ternakan.