fbpx

Selangor miliki kelebihan psikologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARISHMA meletakkan sasaran untuk melangkah ke pentas final pada kejuaraan edisi sulung NSL 2021 tidak lama lagi. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

SEBUT sahaja nama An Najwa Azizan pastinya menghadirkan gerun kepada pemain-pemain pertahanan pasukan lawan yang ditugaskan mengawal penyerang skuad bola jaring kebangsaan itu terutama dalam saingan domestik.

Ia tentu menjadi kelebihan buat Selangor dalam misi memburu kejuaraan edisi sulung Netball Super League (NSL) di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Selangor bukan sahaja ada An Najwa tetapi turut diperkuatkan dengan pasangannya dalam skuad kebangsaan iaitu Karishma S. Loganathan dan Hasrin Nur Firra Syuhada.

Bagi Karishma, status An ­Najwa sebagai pemain pertama Malaysia beraksi di luar negara selepas me­nyertai kelab Australia, Greater Western Sydney Fury pada 2018 secara tidak langsung menguntungkan Selangor untuk saingan NSL 2021.

“Memang beri kelebihan kepada kami kerana akan yang bercakap macam mana mahu kawal dia (An Najwa). Bukan sahaja besar dan tinggi tetapi juga seorang goal shooter yang hebat.

“Apabila orang tahu ada An Najwa, mereka mungkin sedikit gentar. Lagi pun saya adalah pasangan An Najwa dalam pasukan kebangsaan. Ia sudah memberikan kelebihan awal dari segi psikologi,” katanya kepada Kos­mo! baru-baru ini.

Justeru, Karishma, 22, ­meletakkan sasaran untuk melangkah ke pentas final meskipun sedar bakal berhadapan cabaran hebat daripada dua pasukan pilihan iaitu Kuala Lumpur dan Johor selain Pahang serta Perak.

Turut bertanding dalam NSL ialah Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan dalam saingan yang sepatutnya diadakan 22 Januari lalu tetapi ditunda kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri kecuali Sarawak hingga 18 Februari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI