LEEDS – Leeds United dilapor menyasarkan pemain sayap Juventus, Douglas Costa yang akan menjadi pelan sokongan sekiranya gagal menghalang pemain sayap mereka, Raphinha daripada berhijrah musim panas nanti.
Laporan sejak beberapa minggu lalu menyebut, Liverpool kini sedang memantau secara dekat kelibat pemain tersebut yang tiba di Elland Road pada Oktober lalu.
Raphinha dibeli dari Rennes dengan nilai £17 juta (RM95.05 juta) berjaya menjaringkan empat gol dan melakukan empat umpanan gol dalam 16 penampilannya setakat ini.
Kehilangannya hanya selepas semusim beraksi mengesakan Leeds, namun pengurus pasukan itu, Marcelo Bielsa dilaporkan sedia melepaskannya dengan nilai yang bersesuaian dan mula mencari calon pengganti.
Bielsa merasakan bahawa Costa adalah calon yang paling sesuai ketika pemain itu sedang berdepan tempoh sukar apabila gagal mendapatkan minit permainan selepas dipinjamkan ke Bayern Munich dari Juventus.
Costa hanya beraksi 11 daripada 20 aksi Bundesliga dan tidak pernah beraksi lebih daripada 68 minit setiap kali diturunkan.
Ketika kontraknya bakal berakhir pada musim 2022, Juventus terdesak untuk menjualnya pada musim panas nanti untuk mengelakkan pemain itu berhijrah secara percuma.
Bielsa dilaporkan sangat meminati gaya permainan Costa yang memiliki kepantasan, kemampuan menggelecek dan visinya ketika menyerang dan menjaringkan gol. – AGENSI