fbpx

Musim terakhir Hamilton bersama Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama Mercedes sehingga penghujung musim ini sahaja. – AFP

LONDON – Masa depan juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton bersama pasukan Mercedes menjadi tanda ­tanya meskipun sudah menandatangani kontrak lumayan bernila lebihi £30 juta (RM147 juta) dengan perjanjian tamat pada penghujung musim ini.

Selepas mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pengurusan Mercedes, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju dengan terma yang ditetapkan sekali gus memberi gambaran bahawa musim 2021 bakal menjadi tahun terakhir Hamilton bersama pasukan itu.

Ketua prinsipal Mercedes, Toto Wolff enggan memberi jaminan bahawa kontrak Hamilton akan dilanjutkan selepas tamat musim ini dengan memberi ba­yangan bahawa pasukan Mercedes mungkin memberi peluang buat pelumba muda.

“Hamilton perlu merancang masa depannya selepas ber­akhir saingan musim 2021. Bagi kami, fokus utama adalah untuk menamatkan saingan tahun ini dan kami sangat gembira dengan komitmen serta kesetiaan yang dipamerkan Hamilton dan ­Valterri Bottas.

“Mungkin selepas musim berakhir baru kami bakal membuat penilaian semula mengenai pelumba bagi tahun 2022 sama ada kekalkan khidmat Bottas dan Hamilton atau tidak. Namun, saya akui pelumba muda adalah prospek terbaik buat pasukan (selepas ini),” kata Wolff.

Difahamkan, Mercedes sedang mengintai khidmat pelumba sensasi Red Bull, Max Verstappen yang baru berusia 23 tahun selain George Russell, 22, yang mewakili pasukan Williams ketika ini.

Sementara itu, Hamilton yang kini berusia 36 tahun mengakui sangat gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh Mercedes untuk terus memandu jentera pasukan buat musim kelapan sejak edisi 2013.

“Saya sememangnya sangat serasi dengan pasukan ini selepas mengecapi sejarah gemilang bersama-sama. Kini, saya mahu kesempatan yang diberi dapat digunakan dalam usaha mengekalkan momentum cemerlang yang diraih sejak beberapa musim lepas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN