fbpx

31 peniaga naikkan harga barang terima notis KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Abd. Rahman (kanan) melakukan pemeriksaan harga ayam sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021 di Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu hari ini. FOTO : IHSAN KPDNHEP

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mengeluarkan 31 notis kepada pemilik pasar raya dan peniaga sayur di pasar yang menjadi tumpuan ramai kerana menaikkan harga barangan.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd. Rahman berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, pasar yang menjadi tumpuan itu mula menaikkan harga barangan termasuk bawang.

“Notis itu dikeluarkan selepas mendapati peniaga menaikkan harga barangan sejak bulan lalu.

“Hasil maklum balas oleh peniaga mendapati kenaikan berpunca berikutan kenaikan kos daripada pembekal. Kos itu naik kerana banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, susulan itu, KPDNHEP Kelantan bertindak menyekat kenaikan harga barangan keperluan daripada berterusan menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2021 pada Jumaat ini.

“Harga 16 jenis barangan akan dikawal menerusi perlaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021.

“Barangan tersebut antaranya adalah ayam hidup, ayam standard, telur ayam gred A, B, C, kubis bulat import, cili merah, tomato, bawang putih, ubi ketang import, ikan bawal putih dan udang putih besar,” katanya.

Beliau berkata, SHMMP Tahun Baru Cina 2021 berkuatkuasa selama sembilan hari iaitu empat hari sebelum dan selepas perayaan serta pada hari perayaan.

Ujarnya, mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan Kementerian boleh bertindak di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI