fbpx

WHO tolak virus Covid-19 berpunca daripada kebocoran makmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAKAR WHO tiba pada sidang akhbar di bandar Wuhan hari ini. - AFP

WUHAN – Delegasi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang berkunjung ke Wuhan, China gagal mengenal pasti punca sebenar menyebabkan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, lapor agensi berita AFP, hari ini.

Walau bagaimanapun, delegasi itu menolak teori kebocoran makmal Wuhan sebagai salah satu penyebab penularan Covid-19 seperti yang disebarkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebelum ini.

Kumpulan pakar percaya penyakit yang telah membunuh lebih dari 2.3 juta orang di seluruh dunia berasal dari kelawar dan menular ke dalam sistem imunisasi manusia melalui mamalia lain.

Pakar asing WHO, Peter Ben Embarek mengatakan, mengenal pasti jalan haiwan yang membawa virus korona adalah satu penyelidikan yang sedang berjalan sambil menambah ketiadaan kelawar di daerah Wuhan meredakan kemungkinan berlakunya penularan langsung di kawasan berkenaan.

Embarek sebelum ini menyokong kenyataan kerajaan China bahawa tidak ada bukti kukuh menyatakan bahawa wabak maut itu berasal dari Wuhan sebelum bulan Disember 2019 ketika kes rasmi pertama direkodkan.

Beliau turut menolak teori bahawa kebocoran dari makmal virologi di Wuhan sebagai salah satu punca merebaknya virus lalu menjangkiti manusia.

“Hipotesis insiden kebocoran makmal adalah sesuatu yang mustahil,” katanya sambil menambah kemungkinan itu tidak akan dimasukkan dalam kajian WHO akan datang.

Ketua Misi Bersama China, Liang Wannian, mengatakan penularan virus melalui haiwan tetap menjadi kemungkinan utama tetapi lokasi asal virus itu masih belum dapat dikenal pasti.

Pakar WHO menghabiskan tempoh sebulan di China termasuk dua minggu menjalani kuarantin bagi menyiasat punca wabak koronavirus yang didakwa berasal dari pasar makanan laut di Wuhan.

Pentadbiran di Beijing kini sangat terdesak untuk membantah kritikan terhadap langkah-langkah awal diambil bagi membendung Covid-19 yang diselar sebagai huru-hara.

China telah mengalihkan fokus kritikan dengan menafikan punca virus berasal dari dalam negara dan mengemukakan teori bahawa virus itu muncul di luar negara dan dibawa ke China melalui makanan sejuk beku. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI