fbpx

PMO nafi Muhyiddin enggan dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri diberikan perintah HSO dan dipakaikan gelang pink.

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan fitnah yang dibuat oleh Datuk Mohd. Puad Zarkashi kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan dikuarantin.

PMO menjelaskan bahawa Muhyiddin telah diserahkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah dan dipakaikan gelang pengawasan setibanya dari Jakarta pada 5 Februari lalu.

“Beliau pada masa ini sedang menjalani kuarantin di rumah sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PMO berkata, fitnah yang dilemparkan oleh Mohd. Puad itu disifatkan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Perdana Menteri.

Katanya, tindakan undang- undang akan diambil sekiranya beliau gagal memohon maaf secara terbuka.

Terdahulu, Mohd. Puad menerusi hantaran di Facebook mengkritik kelonggaran diberikan terhadap menteri yang kembali daripada tugas rasmi di luar negara apabila hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari.

“Tiba-tiba sahaja Menteri Kesihatan keluar surat. Semua menteri balik bertugas dari luar negara tidak perlu kuarantin 10 hari. Mereka terkecuali daripada Seksyen 15 Akta 342.

“Benarkah berlaku kekecohan di Lapangan Terbang Subang. Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menunggu untuk urusan kuarantin bila rombongan Perdana Menteri sampai dari Jakarta. Katanya mereka tidak mahu kuarantin 10 hari? Rakyat perlu penjelasan.

“Itu sebab Menteri Kesihatan keluar surat arahan baharu melalui Warta Persekutuan. Kuarantin cuma tiga hari. Arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Akta 342 kena ‘over rule’,” katanya.

Isnin lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mengeluarkan perintah yang  mengurangkan tempoh kuarantin menteri daripada 10 kepada hanya tiga hari.

Perintah itu dinamakan ‘Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ diterbitkan Warta Persekutuan yang ditandatangani Adham dan berkuat kuasa hari ini.

Arahan itu menjadi tular di laman sosial hingga timbul desakan supaya Adham meletak jawatan menerusi tanda pagar #AdhamBabaletakjawatan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI