fbpx

Sejeong tak pernah menyesal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SEJEONG

SELEPAS kumpulan Gugudan rasmi dibubarkan pada Disember tahun lalu, seorang anggotanya, Kim Sejeong melakar kejayaan besar dalam karier terutama menerusi drama The Uncanny Counters.

Ketika ditanya soal pembubaran Gugudan meskipun hanya sempat bertahan beberapa tahun dalam industri, Sejeong berkata, dia banyak belajar daripada rakan kumpulannya yang lain.

“Jika berada di posisi ahli kumpulan lain, mampukah saya menjaga diri sendiri dengan baik seperti mana yang sering dilakukan mereka sebelum ini?” katanya.

Sekali pun sudah tidak lagi bergelar penyanyi wanita berkumpulan, Sejeong tetap terharu dengan sokongan yang diterima daripada peminat.

“Saya minta maaf dan berterima kasih kepada peminat yang tetap menyokong kami selama ini.

“Meskipun bukan lagi anggota Gugudan, tetapi saya harap dapat meneruskan kerjaya sebagai selebriti untuk membayar semula kesakitan yang dirasakan peminat atas pembubaran kumpulan kami,” ujarnya.

Sebelum bersama Gugudan, penyanyi itu memulakan debut bersama I.O.I selepas menyertai program realiti Produce 101.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI