WUHAN, China – Tiada bukti mencukupi bagi mengesahkan sama ada Covid-19 tersebar di bandar Wuhan, tengah China sebelum Disember 2019, kata jawatankuasa bersama pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan China berhubung asal-usul pandemik tersebut di Wuhan hari ini.
“Tiada petunjuk bahawa penularan Covid-19 dalam kalangan populasi sebelum Disember 2019,” kata ketua pasukan China, Liang Wannian sambil menambah, tiada bukti juga untuk mengesahkan sama ada virus tersebar di Wuhan sebelum tempoh tersebut.
Misi WHO ke China juga gagal mengenal pasti sumber haiwan yang menyebabkan jangkitan koronavirus. Sebelum ini, pakar-pakar percaya penyakit yang membunuh lebih 2.3 juta orang di seluruh dunia itu berasal daripada kelawar dan berjangkit kepada manusia melalui mamalia lain. – AFP