PUTRAJAYA – Sebanyak 2,764 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 248,316 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 2,758 kes adalah penularan tempatan.
Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 50,841 kes.
“Sebanyak 13 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 909 kes.
“Terdapat 3,887 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 196,566 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ujarnya, terdapat 289 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 127 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE.