fbpx

Air paip Bangkok masin sampai minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Gangguan air masin di Sungai Chao Phraya akan meningkatkan kandungan sodium (garam) dalam air paip di Bangkok untuk sekurang-kurangnya enam hari mulai esok, kata Pihak Berkuasa Kerja Air Metropolitan MWA)  hari ini.

Portal  berita The Nation melaporkan Timbalan Gabenor MWA, Komkrit Dinakara Na Ayudhya sebagai berkata, agensinya sedang bekerjasama dengan Jabatan Saliran Bangkok untuk menghalang air masin daripada memasuki stesen pam air  Sam Lae Raw.

““Orang ramai yang menghidap sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi atau diabetes di samping warga emas, kanak-kanak dan haiwan peliharaan perlu mengelak minum air paip.

“Tindakan memasak air juga tidak akan membantu kerana ia akan menyebabkan garam menjadi lebih pekat,” katanya.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI