fbpx

18 wanita Thai dicekup dalam hotel di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai tekong dan 18 orang wanita warga Thailand selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan orang dalam serbuan terhadap sebuah kereta dan hotel di Jalan Doktor di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris  berkata, semua suspek berusia dalam lingkungan 22 hingga 37 tahun itu ditahan dalam Ops Benteng yang dijalankan di negeri ini.

Katanya, sebelum tangkapan 18 orang wanita itu, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ketika dia sedang berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang berada di lorong berhampiran hotel.

“Hasil pemeriksaan telah membawa kepada penemuan tiga orang wanita warga Thailand yang dipercayai sedang menyorok dengan berbaring di tempat duduk belakang kereta itu.

“Siasatan mendapati terhadap lelaki itu turut mendapati dia dan tiga wanita itu akan naik ke sebuah bilik di hotel tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini

Menurut Wan Khairuddin, bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan pemeriksaan di beberapa buah bilik hotel itu sebelum menemui seramai 15 orang lagi wanita Thailand yang sedang bersembunyi.

Ujarnya, lelaki warga tempatan itu dipercayai menjadi tekong yang membawa masuk wanita-wanita itu untuk bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan di luar Kelantan.

“Pemeriksaan mendapati, suspek berasal dari Kedah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Semua suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut. Polis sedang menyiasat ahli-ahli lain yang terlibat dengan sindiket itu di negeri ini,” katanya.

Tambah Wan Khairuddin, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI