fbpx

Sektor perniagaan lain boleh buka mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai kasut juga turut dibenarkan untuk beroperasi bermula esok.

PETALING JAYA – Sidang khas bersetuju untuk membuka baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bagi memastikan kelangsungan ekonomi terutama untuk peniaga kecil.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara baki yang akan dibuka ialah kedai pakaian fesyen dan aksesori, kedai kasut, perkhidmatan fotografi, barangan terpakai, kraftangan, alat permainan, alatan sukan, kosmetik, peralatan dapur dan aksesori kenderaan.

“Kerajaan mewajibkan pekerja dan pelanggan memakai pelitup muka di dalam premis, memastikan kehadiran pekerja direkodkan dan penjarakan fizikal di dalam premis.

“Bagi kedai pakaian, pemilik premis perlu menyediakan sarung tangan pakai buang kepada pelanggan untuk memilih pakaian. Kedai kosmetik pula, hanya aktiviti jual dibenarkan. Rundingan atau sampel ‘taster’ adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang akhbar di FB Live hari ini. -K! ONINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI