fbpx

Tujuh penagih terkejut AADK jalankan operasi ketika PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penagih dadah ditangkap ketika sedang khayal di beranda rumahnya di Pasir Puteh semalam.

PASIR PUTEH – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahan tujuh lelaki yang sedang khayal dipercayai kesan akibat menghisap dadah jenis pil kuda dalam Ops Cegah di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd. Zain berkata, operasi itu dijalankan selama lima jam selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan penagihan dadah di beberapa kawasan di daerah ini.

Katanya, sebelum operasi dimulakan, AADK menjalankan risikan awal untuk mengenalpasti lokasi tepat rumah penagih dadah terbabit.

“Kita menjalankan operasi menangkap penagih dadah seawal pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari kerana lazimnya penagih pil kuda masih tidur atau berada di sekitar rumah masing-masing dalam tempoh itu.

“Ketika serbuan dijalankan di rumah yang sudah dikenal pasti, mereka kelihatan terkejut malah ada yang bertindak melarikan diri apabila melihat van AADK menghampiri kawasan rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Azlina, bagaimanapun, tiada seorang pun antara mereka yang dapat meloloskan diri apabila lapan anggota AADK yang bertugas telah berjaya mengejar dan menangkap suspek. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI