fbpx

Penganggur mengaku tidak bersalah buat status jelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengiringi Haridas (dua dari kanan) di Mahkamah Sesyen di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik terhadap anggota polis di dalam laman sosial Facebook tiga tahun lalu.

Tertuduh, K. Haridas, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya bertajuk “Talk GE14 – Part 11 #Vote For PH #Kick Out BN “So Many Dummy Police Officer In Malaysia” dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu melalui profil Facebook Defend People’s Rights Group di pautan www.makklada.org pada 26 Mac 2018 kira-kira pukul 12.37 tengah hari.

Pautan Facebook itu kemudian dibaca pada 28 Mac 2018 kira-kira pukul 9 pagi di Asia Heights, Lorong Semarak Api 3, Ayer Itam di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Tertuduh juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI