fbpx

Kantoi tanam 1.4 kilogram syabu bawah bangsal rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian paket dadah jenis syabu yang dirampas dalam serbuan di di Kampung Serai Lima, Taman Industri Apam Utama, Lubok Jong, Pasir Mas pada Sabtu lalu.

PASIR MAS – Taktik dua lelaki yang dipercayai pengedar dadah menanam dadah jenis syabu seberat 1.4 kilogram di dalam tanah di sebuah bangsal di Kampung Serai Lima, Taman Industri Apam Utama, Lubok Jong di sini terbongkar apabila polis mengadakan serbuan di rumah tersebut Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, sebelum penemuan dadah itu, polis telah merampas lapan paket dadah jenis syabu yang disorok dicelah periuk di atas kabinet dapur di dalam rumah pada pukul 11 malam.

Katanya, soal siasat terhadap dua lelaki berusia 30 dan 36 tahun itu, mereka telah menunjukkan paket dadah jenis syabu lain yang telah ditanam di dalam tanah di bawah sebuah bangsal berhampiran rumah berkenaan.

“Rampasan keseluruhan syabu di rumah itu dianggarkan bernilai RM210,030.

“Ujian saringan air kencing mendapati, kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Mohamad Roy Suhaimi memberitahu, kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan dipercayai sudah lama aktif terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di sekitar Pasir Mas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI