fbpx

Janda dicekup khalwat beri alasan jaga rakan demam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita dan lelaki yang dicekup berkhalwat dalam serbuan JHEAIK di sebuah rumah di Taman Wira Mergong semalam.

ALOR SETAR – Seorang wanita berstatus janda memberi alasan menjaga rakan lelakinya yang demam dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) di Taman Wira Mergong di sini semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa JHEAIK diketuai Nasir Mat Dali berdasarkan maklumat awam kira-kira pukul 11.40 malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JHEAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan menemui eorang lelaki bukan Islam berusia 29 tahun di dalam rumah milik wanita beragama Islam berusia 31 tahun.

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun turut ditemui di dalam rumah berkenaan dipercayai anak wanita terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI