fbpx

Padah mandi kolam air panas, dua lelaki dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

REMBAU – Tidak peka dengan larangan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0, dua lelaki dikompaun RM1,000 di Kolam Air Panas Chengkau, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kompaun berkenaan diberikan atas kesalahan menjalankan aktiviti riadah mandi kolam air panas.

Menurutnya, kedua-dua lelaki tempatan berusia 50 dan 60 tahun itu yang merupakan peniaga dikompaun pada pukul 7 petang.

“Kedua-duanya didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa dalam tempoh PKP di bawah peraturan 16(1) Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2021.

“Malah, sepanjang perlaksanaan PKP 2.0 ini, sebanyak 60 kompaun telah dikeluarkan kerana kegagalan mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Anuar berkata, kompaun di lokasi berkenaan baru pertama kali dikeluarkan dan pihaknya berharap agar orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang PKP dikuatkuasakan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan lokasi yang menjadi tumpuan penduduk setempat serta berdekatan berkenaan menjadi antara lokasi yang dilarang dikunjungi semasa PKP dikuatkuasakan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI