fbpx

Aeril Zafrel, Wawa pakat bina masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM- Pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akan membina sebuah masjid di kampung halaman aktor itu di Johor, tidak lama lagi.

Menurut Aeril atau Suhairil Sunari,33, berkata masjid yang boleh memuatkan 700 jemaah tersebut akan dibina menggunakan hasil keuntungan produk terbaharu, Muslim Bukhari keluaran syarikat milik mereka Wawa Cosmetic.

“Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad. Salah satu inti pati ceramah tersebut yang mengesankan berbunyi, jika ingin menempa nama di syurga dan jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.

“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung saya di Rengit, Johor. Insya-Allah, kami akan telah bersetuju untuk menyumbang dana sekitar RM1.2 juta ringgit hasil keuntungan jualan produk Muslim Bukhari nanti,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran edisi Muslim Bukhari di Pusat Konvensen SACC, Shah Alam, hari ini.

Tambah Aeril, dia tidak berniat untuk menunjuk atau riak berhubung perancangan tersebut tetapi sekadar berkongsi peluang dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.

“Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana masjid ini dan bukan hanya pada nama saya atau Wawa sahaja.

“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80,000 unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik sahaja habis dijual,” jelasnya lagi.

Edisi Muslim Bukhari mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 bagi satu set. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI