fbpx

‘Ada ah long datang kedai tawar pinjaman’,

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan Kosmo! semalam

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) me­ngingatkan peniaga dan penjaja kecil di negeri ini supaya berhati-hati dengan peminjam wang tanpa lesen yang dilihat sema­kin aktif menawarkan pinjaman kepada golongan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu.

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihak­nya menerima aduan daripada pengguna yang mendakwa tertekan kerana diburu ceti haram disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan.

“Biasanya Cake menerima lebih 50 aduan berkaitan ah long dalam masa setahun, namun sejak PKP dilaksanakan pada tahun lalu jumlah aduan meningkat kira-kira 30 peratus,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam yang melaporkan lebih 200 daripada 1,200 peniaga dan penjaja kecil yang berdaftar di negeri ini terpaksa mengambil jalan singkat dengan membuat pinjaman ah long.

Muhammad Yusrizal

Tindakan itu dibuat selepas mereka mendakwa kehabisan modal ekoran kekurangan pendapatan sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mohamad Yusrizal memberitaju, kegiatan ah long dilihat amat licik apabila mereka turun padang menawarkan pinjaman mudah dan segera kepada para peniaga.

“Ada ah long yang datang ke kedai untuk menawarkan pinjaman, malah ada juga yang mencadangkan supaya membuat pinjaman dengan ceti ha­ram lain.

“Ia diibaratkan gali lubang tutup lubang yang mana a­khirnya membebankan peniaga,” katanya.

Cake turut menerima aduan seorang peniaga yang membuat pinjaman RM5,000 dan terpaksa membayar semula tiga kali ganda.

Dalam pada itu, Cake turut menerima aduan pengguna meminjam RM5,000 untuk membeli peranti bagi membolehkan anaknya mengikuti pembelajaran online.

“Saya harap pengguna agar lebih berhati-hati dan tidak terjebak dengan bebanan hutang yang akhirnya menyusahkan diri dan keluarga,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI