fbpx

Budak tahan sakit kaki tersepit jeriji longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa orang anggota bomba cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang kakinya tersepit pada jeriji longkang di Kampung Bagan Dalam, Butterworth, petang tadi.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan selama lebih 20 minit selepas kaki kanannya tersepit pada jeriji longkang petang tadi.

Kejadian itu berlaku di kawasan Pangsapuri Sri Bagan, Kampung Bagan Dalam, Butterworth, di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.21 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kerja-kerja menyelamat mangsa kemudian dilakukan dengan menggunakan alat pemotong atau ‘rescue cutter’.

“Operasi akhirnya tamat kira-kira pukul 5.40 petang selepas kaki mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya.

Tambahnya, mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan akibat daripada kejadian tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI