JEMPOL – Seramai 10 penganggur dipercayai tokan dadah berusia 26 hingga 41 tahun ditangkap dalam lapan serbuan di dua lokasi penempatan felda di daerah ini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pada 4 Februari lalu, tiga serbuan dijalankan di Felda Serting Hilir yang mana tiga lelaki ditangkap di dalam rumah bersama dadah jenis heroin dan syabu.
Dalam serbuan kedua dan ketiga masing-masing melibatkan suspek berusia 26 hingga 31 tahun yang saling mengenali antara satu sama lain.
“Kita percaya kesemua suspek aktif sejak enam bulan lalu. Susulan tangkapan itu, polis merampas heroin dan syabu bernilai RM2,175,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Chang Hook berkata, dalam operasi pada 7 Februari pula, sebanyak lima serbuan dijalankan dan menahan lima lelaki berusia 28 hingga 41 tahun di kawasan Felda Palong 1,9 dan 10.
“Kesemuanya adalah rakan dan dipercayai aktif mengedar dadah sejak lima bulan lalu di kawasan Felda Palong 7,8,9 dan 10.
“Kita merampas heroin seberat 684.97 gram bernilai RM27,398 dan syabu bernilai RM2,175,” katanya.
Kesemua yang ditangkap mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalah berkaitan dadah dan juga jenaayah.
Hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis morfin dan methamphetamine.-K!ONLINE