fbpx

Myanmar mula isytihar undang-undang tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai mengadakan tunjuk perasaan di Mandalay semalam. - AFP

MANDALAY, Myanmar – Undang-undang tentera diisytiharkan di tujuh kawasan perbandaran di bandar kedua terbesar Myanmar, Mandalay hari ini, kata beberapa pegawai.

Sehubungan itu, orang ramai dilarang  daripada menunjuk perasaan atau berhimpun lebih daripada lima orang.  Perintah berkurung juga dikuatkuasakan dari pukul 8 malam hingga 4 pagi (waktu tempatan), kata jabatan pentadbiran awam dalam satu kenyataan.

Perisytiharan serupa dibuat oleh pentadbiran sebuah perbandaran di Ayeyarwaddy, jauh ke selatan, manakala pengumuman undang-undang tentera juga  dijangka dibuat untuk sebilangan kawasan  malam ini.

“Arahan ini berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak,” kata sebuah majlis perbandaran di Mandalay dalam satu kenyataan.

Junta tentera sehingga kini enggan menggunakan kekerasan melampau terhadap tunjuk perasaan yang berlaku di sebahagian besar Myanmar.

Bagaimanapun, keadaan semakin buruk dengan pasukan polis pencegah rusuhan menembak meriam air untuk menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkumpul di Naypyidaw. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI