fbpx

Klopp masih tetap puji Alisson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALISSON ‘membantu’ City mencipta dua jaringan selepas melakukan kesilapan mudah ketika Liverpool tumbang 1-4 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp enggan me­nyalahkan penjaga gol utama, Alisson Becker sebagai punca pasukannya tewas memalukan 1-4 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, kesilapan yang telah dilakukan oleh Alisson dengan melakukan hantaran kepada pemain City sebanyak dua kali tidak disia-siakan oleh pasukan kendalian Pep Guardiola itu untuk meledak dua gol mudah.

Kata Klopp, kesilapan itu sememangnya telah membunuh kerja keras anak-anak buahnya dalam usaha mendapatkan kemenangan ketika keputusan masih terikat 1-1.

“Kami telah melakukan dua kesilapan mudah sekali gus memastikan kekalahan pasukan pada perlawanan ini. Ia adalah detik yang sukar kerana jika perlawanan masih terikat 1-1 pada minit ke-70, kami mempunyai peluang untuk melakukan asakan.

“Namun, inilah lumrah bola sepak yang harus kita terima. Mengenai Alisson, saya akui dia sangat kecewa tetapi saya telah katakan kepadanya ini bukan kesalahannya 100 peratus.

“Apa yang penting, dia belajar daripada kesilapan itu untuk membantu pasukan bangkit pada perlawanan seterusnya. Saya percaya kesilapan itu tetap tidak akan menarik statusnya selaku antara penjaga gol terbaik dunia ketika ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Klopp masih menaruhkan harapan tinggi agar pasukannya dapat kembali berada di landasan perebutan kejuaraan EPL meskipun ketika ini dibezakan 10 mata berbanding City selepas mengharungi 23 perlawanan.

“Meskipun peluang untuk mepertahankan kejuaraan EPL nampak tipis, saya mahu pasukan kekal positif kerana ini bukanlah perlawanan terakhir liga. Namun, kita harus berpijak di dunia nyata dan akur bahawa prestasi pasukan ketika ini tidak begitu cemerlang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI