fbpx

Lee Yeon-hee enggan tayang suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE YEON-HEE

SELEPAS mendirikan rumah tangga pada 2 Jun tahun lalu, aktres Lee Yeon-hee mengakui kehidupannya semakin stabil.

Dia sangat gembira dan terharu kerana mendapat sokongan penuh daripada suami yang sentiasa menyokong apa saja yang dilakukannya.

“Dia sangat menyokong saya. Selepas berkahwin, saya dapat rasakan bahawa hidup saya semakin stabil. Dia sangat hebat dan banyak membantu saya,” ujarnya.

Menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya, Yeon-hee berkata, buat masa ini dia masih belum terfikir untuk memperkenalkan cinta hatinya kepada umum.

“Saya masih dalam fasa berhati-hati untuk mendedahkan identiti suami kepada tatapan umum. Begitu juga dengan keluarga saya.

“Sebab saya selalu percaya, mengasingkan dua perkara antara kehidupan peribadi dan kerjaya ialah satu tindakan yang betul untuk dilakukan,” katanya.

Pelakon filem Marriage Blue itu mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki biasa dalam sebuah majlis kecil-kecilan yang diadakan pada 6 Jun tahun lalu di sebuah lokasi yang tidak didedahkan kepada umum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI