fbpx

Tunggu kerajaan umum buka sektor lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR – Satu pengumuman berhubung perniagaan subsektor peruncitan yang masih belum dibuka sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dibuat tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya meminta sedikit masa lagi bagi pengumuman itu dibuat.

“KPDNHEP memang mahu subsektor peruncitan yang belum dibuka untuk beroperasi semula kerana kelangsungan perniagaan ini penting dan melibatkan jaminan pekerjaan untuk pekerja mereka.

“Tunggu sedikit masa, akan ada pengumuman yang mungkin kita terima baik. Jangan risau, kerana kami di peringkat kementerian faham keperluan perniagaan ini dibuka,” katanya ketika sidang akhbar selepas meninjau harga barang di Pasar Borong NSK Kuchai Lama, di sini hari ini.

Alexander berkata, sepanjang tempoh satu tahun negara berdepan wabak Covid-19 juga, sektor perniagaan runcit bukanlah antara penyumbang kluster-kluster besar Covid-19 di negara ini.

“Selama satu tahun kita menghadapi masalah Covid-19 dan sektor peruncitan ini bukan satu sektor yang menyebabkan kluster kes Covid-19 yang besar berbanding sektor pembinaan, pembuatan dan kilang

“Cuma saya ingin ingatkan semua untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) setinggi-tingginya kerana kaedah itu berkesan memerangi wabak covid-19,” katanya.

Terdahulu, Alexander memaklumkan perbincangan untuk membenarkan sektor perniagaan yang masih belum dibenarkan buka untuk beroperasi semula sedang berjalan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI