fbpx

Kajol dedah ibu bapa bercerai sejak berusia 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJOL

AKRES terkenal Kajol mendedahkan bahawa dia menyimpan kenangan pahit yang perlu ditelannya ketika zaman kanak-kanak.

Seawal usia empat tahun, Kajol terpaksa menerima hakikat apabila ibu bapanya, Tanuja dan Shomu Mukherjee tidak lagi sehaluan dan harus bercerai.

“Saya telah menerima didikan yang terbaik. Saya bertuah kerana dibesarkan oleh seseorang yang hebat dan berfikiran ke hadapan.

“Biar ibu bapa telah bercerai ketika saya masih kecil, tetapi hubungan kami sangat rapat. Sedangkan ada dalam kalangan rakan-rakan saya yang ibu bapa mereka masih bersama, tetapi hubungan mereka renggang,” katanya kepada Times of India.

Tinggal berasingan, namun Kajol mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada Tanuja dan Shomu sehinggalah dia meningkat dewasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI