fbpx

Gangguan bekalan bawang merah beransur pulih di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahelmey (dua dari kiri) meninjau bekalan bawang merah sempena Program Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021 Peringkat Negeri Sabah di Putatan.

PUTATAN – Gangguan bekalan bawang merah di Sabah kini beransur pulih.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kebajikan Rakyat Sabah, Ir. Shahelmey Yahya berkata, pihak berkaitan difahamkan sudah cuba mendapatkan bekalan bawang merah dari Vietnam serta Cambodia namun pengguna lebih meminati bawang merah India.

“Kita difahamkan bekalan bawang jenis ini sudah semakin beransur pulih di pasaran namun masih belum mencukupi.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha agar pengguna mudah memperoleh bawang sekaligus berharap harga bahan keperluan ini dapat diturunkan kerana bawang merah bukanlah barangan kawalan jika pada hari kebiasaanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas meninjau harga barangan sempena Program Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021 Peringkat Negeri Sabah sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Shahelmey memaklumkan masalah mengenai bekalan bawang merah yang mengalami gangguan sebelum ini adalah disebabkan kekurangan bekalan dari India sekitar penghujung tahun lalu.

Menurut beliau, terakhir harga jualan bawang merah boleh mencecah sehingga RM26 sekilogram namun sudah terdapat sedikit penurunan sejak awal Januari lalu.

Dalam pada itu, sebanyak 16 jenis barangan membabitkan kategori ayam, telur ayam, sayur-sayuran, hasil laut dan daging babi akan dikawal harga maksimum mengikut senarai skim yang sudah ditetapkan.

Antara barangan berkenaan termasuklah ayam hidup, ayam super, cili merah, tomato, bawang putih (China), ikan bawal putih, udang putih besar dan daging babi (perut).

Sementara itu, Shahelmey berkata tinjauan berkenaan bukan sahaja untuk melihat harga barang yang disenaraikan di bawah skim kawalan harga pada musim perayaan tetapi turut meninjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan peniaga serta pelanggan sesuatu pasar raya.

“Kita dapati semua peralatan seperti pengimbas suhu badan, imbasan QR kod Mysejahtera dan cecair basmi kuman memang ada disediakan di premis ini selain penekanan pemakaian pelitup muka yang sangat ketara ditekanan.

Selain itu, kita juga mahu menyedarkan dan berkempen kepada pengguna agar mereka sedar semua hak sebagai pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN