fbpx

Bomba Perak keluarkan 360 notis keselamatan kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairil Adli (kiri) memeriksa sistem pemasangan tetap CO2 semasa pemeriksaan keselamatan kebakaran bangunan sempena Tahun Baru Cina 2021 di Pasar Raya The Store di Teluk Intan hari ini.

TELUK INTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengeluarkan 360 notis kepada premis yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 sepanjang tahun lalu.

Ketua Zon 4 JBPM Perak, Khairil Adli Zakaria berkata, notis tersebut dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan ke atas 331 buah premis di daerah Batang Padang, Muallim, Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Katanya, pemeriksaan itu melibatkan pusat beli-belah, dewan perhimpunan, asrama, hotel dan restoran.

“Pemeriksaan yang dijalankan adalah sebagai langkah pencegahan kerana kita tidak mahu orang lain tidak boleh keluar dari bangunan sekiranya berlaku kecemasan terutamanya ketika kebakaran.

“Oleh itu, perkara utama yang diperiksa ialah halangan membabitkan laluan kecemasan. Kita perlu pastikan laluan kecemasan untuk keluar dari bangunan itu tiada sebarang halangan yang disebabkan peralatan, barang-barang, rak atau kiosk sementara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjalankan pemeriksaan keselamatan kebakaran bangunan sempena Tahun Baru Cina 2021 di Pasar Raya The Store di sini hari ini.

Menurut Khairil Adli, pihaknya juga telah membuat pemeriksaan ke atas 54 buah premis di empat daerah sempena musim perayaan sejak awal bulan lalu.

“Pemeriksaan sehingga Jumaat lalu itu bagi memastikan tiada halangan berlaku di laluan kecemasan sesebuah premis.

“Contohnya di pasar raya, ketika musim perayaan sudah tentu banyak jualan yang dianjurkan dan ia pasti melibatkan pertambahan peralatan yang mungkin akan menghalang laluan kecemasan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai memastikan tahap keselamatan kebakaran di rumah dititikberatkan seperti penggunaan soket penyambung elektrik yang betul dan pemasangan jeriji boleh dibuka pada setiap aras rumah.

“Orang awam juga sebaiknya menyimpan satu unit alat pemadam api di rumah bagi tujuan kecemasan sekali gus mencegah berlaku kebakaran,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI