fbpx

Patuh arahan atau berhenti kerja di 1MDB – Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu budaya kerja di 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah menerima apa sahaja arahan yang diberi atau berhenti kerja.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd. Hazem Abd. Rahman, 47, berkata arahan yang perlu diikut dan diterima ketika bekerja di 1MDB ialah daripada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketika prosiding, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bertanya kepada Mohd. Hazem, adakah Jho Low pernah mengugut sekiranya arahan yang diberi diingkari, saksi pendakwaan ke-10 itu menjawab ‘tidak’.

“Di 1MDB, cara mereka bekerja adalah perlu mengikut arahan, jika tidak mahu, lebih baik berhenti. Sama ada anda ikut arahan atau cari jalan keluar dan saya akhirnya meletakkan jawatan di syarikat itu,” katanya.

Sementara itu berhubung e-mel arahan yang dihantar oleh Jho Low, yang merujuk Mohd. Hazem sebagai ‘bos’, saksi itu berkata panggilan itu adalah satu perkara biasa.

“Kadang-kadang walaupun anda pergi ke kedai mamak orang akan memanggil anda sebagai ‘bos’, dan anda juga boleh memanggil sesiapa sahaja dengan panggilan ‘bos’,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Hazem turut memaklumkan bahawa dia tidak memeriksa e-mel arahan tersebut secara langsung dengan Najib kerana Jho Low adalah satu-satunya orang yang dapat mengesahkan kebenaran kandungan e-mel itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi esok.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI