fbpx

Pasangan warga emas gembira rumah dibaik pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN warga emas iaitu Lean Ngang (tengah) dan isterinya Ah Koon gembira apabila rumah mereka yang rosak dibaik pulih KMEK dan E-Idaman.

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri warga emas gembira apabila bakal meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dalam suasana berbeza apabila rumah mereka yang uzur telah siap dibaik pulih pada semalam.

Rumah yang didiami pasangan Lee Lean Ngang, 75, dan Kang Ah Koon, 70, sejak 45 tahun lalu itu dibaik pulih menerusi program Sentuhan Kasih Kelab Media Elit Kedah (KMEK) bersama syarikat pelupusan sisa pepejal, Environment Idaman (E-Idaman) Sdn. Bhd.

Lean Ngang berkata, dia tidak menyangka ada pihak yang sudi membantu membaiki rumahnya yang reput dan rosak teruk menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

“Sebelum dibaiki, kami cuma dapat berteduh di dalam satu bilik sahaja kerana bahagian lain rumah dimasuki air kerana bumbung bocor.

“Saya dan isteri sangat gembira kerana banyak bahagian yang reput dan rosak di dalam rumah termasuk bahagian bumbung bocor telah diganti baharu,” katanya.

Dia ditemui pemberita ketika dikunjungi Ahli Jawatankuasa KMEK diketuai Presidennya, Kumaran Rajamoney serta wakil E-Idaman di rumah tersebut di Batu 7 1/2, Jalan Tokai, Simpang Empat di sini semalam.

Hadir sama Ketua Bahagian Komunikasi Korporat E-Idaman Sdn Bhd, Erni Nerina Awang Salleh serta Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI