fbpx

Sesi libat urus dulu sebelum denda akibat lambat lapor Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Pendekatan sesi libat urus bersama klinik dan hospital swasta di negeri ini digunakan sebelum pelaksanaan denda dalam mengatasi masalah kelewatan melaporkan kes positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Sha’ari Ngadiman berkata, langkah itu dilihat lebih berkesan dalam mengalakkan kerjasama bagi memastikan setiap kes positif dapat dilaporkan pada masa sebenar.

“Bagaimanapun sekiranya perkara berkenaan masih berlaku lagi (lewat lapor) pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melakukan tinjauan pada hari pertama operasi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Malawati.

Beliau berkata demikian bagi mengulas peningkatan kes-kes Covid-19 di Selangor yang antaranya berpunca daripada klinik dan hospital swasta yang tidak melaporkan kes potif pada hari yang sama melalui Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).

Turut hadir Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Sha’ari menegaskan seramai 80 kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan ditugaskan setiap hari di CAC Stadium Malawati bagi melakukan penilaian terhadap pesakit-pesakit Covid-19.

Ujarnya, CAC itu mampu mengendalikan seramai 1,500 pesakit sehari.

“Bagi hari ini dianggarkan kira-kira 1,000 pesakit hadir melalui temu janji yang dibuat selain tambahan 300 lagi individu yang datang secara terus (walk in),” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI