fbpx

Beku lesen syarikat kurier baharu punca perkhidmatan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan dan video dimuatnaik di Facebook J&T Express Malaysia - Perak yang memohon maaf kepada pelanggan mereka selepas bertindak membaling barangan seperti tular di media sosial sejak semalam.

PETALING JAYA – Kerajaan dinasihatkan agar tidak hanya mendengar permintaan bekukan lesen syarikat kurier baharu sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah membekukan lesen baharu yang berkuatkuasa bermula 14 September lalu sehingga 15 September 2022 itu dilihat menjejaskan mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kurier sedia ada.

“Semalam sebuah syarikat perkhidmatan kurier minta maaf kepada orang ramai selepas rakaman video pekerjanya mengagihkan bungkusan secara kasar viral di media sosial. Kemudian keluar pula rakaman video sekumpulan pekerja syarikat kurier itu mohon maaf dan menafikan insiden itu berlaku kerana mereka mogok.

“Saya tidak berhasrat menyentuh tentang apa yang sebenarnya berlaku kerana bagi saya perkara itu tidak patut pun berlaku. Kebajikan golongan pekerja perlu sentiasa diutamakan, manakala golongan pekerja perlu menggalas amanah dengan baik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Bagaimanapun katanya, yang menarik perhatiannya semalam adalah jawapan syarikat mengenai dakwaan ada pekerja syarikat itu mencuri makanan dan minuman dari bungkusan.

“Syarikat menjelaskan, disebabkan peningkatan pesat jumlah bungkusan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syarikat mengambil lebih banyak bungkusan dari masyarakat.

“Jawapan itu secara tidak langsung membayangkan permintaan telah melebihi penawaran dalam industri perkhidmatan kurier berikutan pandemik Covid-19,” ujarnya.

Justeri itu katanya, pembekuan pemberian lesen baharu perlu dipertimbangkan semula ekoran kemunculan lebih banyak syarikat akan membuka peluang persaingan yang sihat kepada industri kurier dan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI